KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata Pengerusinya, Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia.
"Usaha yang dilakukan ini menunjukkan komitmen Malaysia untuk mempamerkan industri makanan dan minumannya yang pelbagai dan inovatif ke persada global.
"Gulfood yang diiktiraf sebagai pameran perdagangan makanan dan minuman tahunan terbesar di dunia, menawarkan peluang penting kepada perniagaan Malaysia untuk menjalin rangkaian, menubuhkan perkongsian, dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka yang luar biasa," katanya.
MATRADE berkata pelbagai produk seperti sos dan pes, rempah dan perasa, produk sejuk beku, makanan sedia untuk dimakan, kuih-muih, makanan ringan, minuman, minyak sawit dan banyak lagi akan dipromosikan pada pameran itu.
"Selain mempamerkan jenama Malaysia di Pavilion Malaysia, MATRADE, melalui pejabatnya di Dubai, akan berperanan penting dalam memudahkan proses saling mengenali di antara syarikat-syarikat Malaysia dengan pengimport dan pengedar utama di UAE.
"Melalui pendekatan proaktif ini, matlamat kami adalah untuk meningkatkan profil jenama-jenama Malaysia dalam kalangan pembeli bernilai tinggi ini sambil memupuk potensi peluang perniagaan dan kerjasama," tambahnya.
Kepada pengeksport Malaysia yang berminat dengan pasaran Timur Tengah boleh menghubungi MATRADE Dubai di [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata Reezal akan mengetuai delegasi Malaysia. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).